PanDai AgaMa Tapi…

April 9th, 2007 by ebiaf5
30 Mac 2007
Hari ni aku betul2 rasa sungguh bertuah dapat menyanyi bersama Mawi. Aku dan Mawi menyanyi berduet lagu Al-Jannah. Oh ya sebelum naik ke Akademi tadi Abang Asrul suruh aku tunggu di Hostel, tapi yang lain semua member yang lain sudah naik ke atas. Jadi aku tunggulah dibawah di ruang tamu hostel. Tiba2 Mawi datang aku terkejut betul tapi mungkin ego aku kuat jadi aku buat relaks ja lah. hahaha. Pendek cerita semuanya best hari ni. Waktu rehearsal pun best abang Aznil bilang aku buat yang best betul. Tapi aku kena kuat mental sekarang ni bab aku rasa untuk hari konsert nanti pressure macam untuk aku bab aku akan buat persembahan yang last. Selamat menyambut Maulidur Rasul dan perbanyakkan amalan sunah Nabi.

01 April 2007
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul. Hari ni kan hari konsert tapi lain sikitlah, konsert khas sempena Maulidur Rasul sesuai dengan lagu aku Al-Jannah. Dapatlah aku mengagungkan Allah dan menyedarkan seluruh ummah yang mendengar lagu aku tu. Perasaan aku sangat terharu kerana lagu ni dapat merasuk jiwa aku sebab itu juga mesej yang aku sampaikan sampai kepada para pendengar sebab ramai orang yang menangis. Semasa last part lagu ni aku mengalir air mata sedikit. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana sudah berjaya bawa lagu tu. Memang betul kata Mawi lagu ni memang susah. Terima kasih Mawi krn bagi nasihat berguna.

02 April 2007
Hari ini adalah hari utk cikgu2 buat post mortem. First time semenjak minggu pertama, post mortem yang dilakukan melibatkan kesemua guru2 kecuali Pengetua. Cikgu bilang sebutan makhraj aku kurang betul. Ya, memang aku akui tetapi aku berpuas hati dgn persembahan aku bab aku berjaya menyampaikan mesej kepada audience. Dan satu lagi cikgu Adnan bilang masa aku buat selawat tu aku macam orang Red Indian. bagi aku itu bukan satu masalah sebab Selawat boleh dilakukan dalam apa cara sekali pun yang penting niat. Memanglah orang2 sensitif bagi orang yang tidak faham sahaja. macam Ustaz aku pernah cakap "Allah berkuasa atas tiap sesuatu" Innallah ala kuli syain kadir. Jadi apa yang aku buat tu adalah atas kehendak Allah. Oh ya Ada lagi satu kata hikmah. Kadang2 orang ni pandai agama tetapi bodoh hukum. OK lah Ebi lupakan pasal tu. Fokus minggu depan punya konsert lagu rock ala Arabic Kasihnya Laila. Macam mana pun thanks to all Cikgu2 dan minggu ini aku kena gali lebih sikit.

Ebi DeMam,,.. :(

April 9th, 2007 by ebiaf5
26 Mac 2007
Nampaknya semua tenaga pengajar berpuas hati. Masa menunggu giliran Kelas Cikgu Adnan, badan aku rasa tidak sedap. Aku rasa macam mau demam. Lepas tu aku masuk Bilik Pengetua tidur sampai habis kelas dan aku terpaksa skip kelas menari dengan Cikgu Linda.

27 Mac 2007
Aduh ! Penatnya hari ni. Mungkin belum recover dari sakit semalam. Sekarang ni pun masih sakit lagi. Kelas2 hari ni aku tidak dapat concerntrate sebab kepala aku sakit. Nasib baik abang Asrul bawa aku pergi klinik. Memang doctor bilang aku demam dan kerongkong aku bengkak sikit. Lepas balik dari klinik aku buat jogging sikit untuk kasi keluar peluh. Selepas tu baru rasa betul2 ok, sebab peluh dah keluar, macam baru habis mandi.

28 Mac 2007
Hari ni Cikgu Shafi cek vokal bagi setiap lagu. Aku rasa lagu aku paling teruk sebab berzanji aku tu masih sumbang pada rangkap kedua. Cikgu Najmi hari ni masak noodles ala AF5. Sedap betul jo masakan dia. Rasa sekali nak tambah lagi.

MaWi WoRLd…!!

April 9th, 2007 by ebiaf5

25 Mac 2007
Hari ni hari Ahad. Sepatutnya dapat bangun lambat sebab kelas mula lambat tidak seperti hari biasa. Tapi EBI, SHAWAL dan AIZAT bangun awal sebab mau buat exercise untuk 45 minit latihan breathing.

Kelas dgn Dr.Love EBI belajar perkataan baru iaitu Expect The Unexpected. dan kami juga disuruh buat mumia guna kreativiti tersendiri. Mumia yang EBI dan team cipta ialah Mumia Sonatra.

Masa pilih lagu semua pelajar lelaki supportive. Sebelum ambil lagu kami berbincang. EBI ambil lagu mawi World Al-Jannah. Pengetua datang hari ni dan berpuas hati dengan performance kami.

Bapak

April 9th, 2007 by ebiaf5
21 Mac 2007
Dalam kelas Inggeris oleh Sir Najmi, EBI dapat meluahkan perasaan EBI kepada bapa EBI. EBI tahu EBI telah banyak melukakan hati bapak EBI.

24 Mac 2007
Memang EBI puas hati dengan minus one yang baru, terus confident level EBI up sikit. Waktu yang ditunggu telah tiba. Perasaan malu EBI macam hilang. EBI betul2 bersemangat. EBI terpaksa menjadi lelaki yang menggoda untuk lagu Bailamos. Ini tidak akan EBI lupakan seumur hidup EBI. Ala2 latin gitu. Alhamdulillah strategi EBI untuk memikat Kak Ogy yang laser tu berjaya ! hahahaha

Saving PriVATe RioT

April 9th, 2007 by ebiaf5

EBI merasa terharu dan bangga serta dapat membuat perubahan hidup. Inilah harinya…

12 Mac 2007
Pengenalan kepada guru2 dan pelajar. Semua orang tak sabar untuk memulakan kelas. Sebelum kelas bermula sesi pemilihan pengetua dijalankan. Akhirnya kami mendapat tahu Mr.Roslan Aziz yang menjadi Pengetua bagi AF5. Selepas itu kami mulakan kelas bersama Cikgu Fatimah dalam stage presentation diikuti oleh kelas vokal yang dinanti-nantikan bersama Cikgu Syafi dan juga Cikgu Adnan. Kelas vokal ini mmg best sbb EBI dapat tip2 nyanyian dgn betul. Antaranya ialah breathing sebutan dan lain2. Dari sinilah EBI mengetahui kelemahan EBI dalam nyanyian. Kelas English yang ada juga dpt membantu apabila EBI menyanyikan lagu English semasa konsert nanti. The English class was handled by Mr.Najmi. Selepas dari kelas English kami belajar menari bersama Cikgu Linda. Aduh penatnya kelas tarian ni. Banyak step nak kena hafal. Sudahlah badan EBI ni keras. Tapi Alhamdulillah selepas beberapa kali mencuba, dapat jugalah buat. 4 orang pelajar telah dipercayai sakit dan telah dibawa ke klinik untuk rawatan.

13 Mac 2007
Kelas bermula dengan vocalization oleh Mr.Chedd selama 40 minit dan diikuti oleh Kelas Tarian oleh Cikgu Remi.

Selepas Kelas Tarian, Cikgu Syafi mengambil alih dengan Kelas Vokal. Hari ini dalam Kelas Vokal saya belajar terms legato dan staccato. pada sebelah petang pula kelas nyanyian lagi bersama Cikgu Adnan. Hari ni aya kena tengking oleh Abang Roslan sebab pasang CD salah. hahaha !!! Selepas itu kelas lyrics interpretation bersama Cikgu Fatimah. Tips yang saya dapat hari ni ialah bagaimana cara untuk menjiwai lagu yang akan saya bawa pada konsert pertama iaitu lagu Milik Siapakah Gadis Ini. hari ini memang semua orang tension betul apalagi saya yang belum lagi dapat minus one saya pada key yang betul. Tapi ini semua saya anggap sebagai cabaran.

Akhir sekali, seperti hari yang pertama kelas diakhiri dengan kelas Tarian.

14 Mac 2007
Seperti biasa routine harian dimulakan dengan vocalization oleh Chadd selama 30 minit. Selepas itu abang Remi mengambil alih dengan kelas tarian. Hari  ni kelas tarian memang best sebab ada improvement. Selepas Kelas Tarian macam biasalah kelas Vokal bersama CIkgu Syafi dan diikuti dengan Kelas Vokal bersama Cikgu Adnan. Selepas itu, kelas English bersama dengan Sir Najmi. Selepas kelas English EBI dan pelajar2 lain berehat sebentar sementara menunggu kelas tarian bersama Cikgu Linda. Pada sebelah malam pula Encik Jason datang untuk mencuba key minus one yang baru. Alhamdulillah, semua orang berpuas hati dengan key yang diberikan. Kelas berakhir pada jam 11.30 malam. Hari ni semuanya rushing sebab esok ada presentation.

15 Mac 2007
Kelas pada hari ni dimulakan dengan vocalisation oleh Chedd dan diikuti pula oleh Kelas Tarian yang pertama bersama Remi. Bestnya kelas tarian pada pagi ni semua orang sudah ada confident. Selepas itu seperti biasa kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan diikuti pula oleh kelas tarian yang kedua bersama Cikgu Linda. Walaupun badan EBI letih tetapi EBI kena buat juga.

Selepas itu kelas vokal bersama Cikgu Adnan pula sebelum bermulanya presentation di hadapan guru2 AF5. Hari ni kelas habis jam 11.30pm. Badan tersangat letih.

17 Mac 2007
Semalam merupakan hari yg ditunggu2 selama ini. Konsert 1 AF ni bagi EBI sangat bermakna dan tidak akan EBI lupa sehingga ke akhir hayat. Walaupun berdebar2 tetapi dapat juga dirasakan kegembiraan. Seperti biasa hari ni bangun awal pergi kelas jam 8 pagi buat vocalizing dengan Chedd. Selepas tu balik hostel dan berehat sekejap. Jam 12.30 kami bertolak ke Dewan MBPJ. Setibanya di sana kami menunggu untuk di make-up salin pakaian dan buat some practise sementara menunggu jam 8.30 mlm. Semakin hampir 8.30 mlm semakin kuat degupan jantung EBI. Konsert bermula dgn persembahan oleh Aizat gegar. EBI merupakan persembahan ke 7. Nyanyian EBI kurang bagus semalam bab gementar. Saat penyingkiran menyebabkan EBI gementar selepas pengumuman bahawa Diya disingkirkan dan seorang lagi pelajar yang akan disingkirkan iaitu EBI dan Mila. Bergegar lutut EBI. Nasib baik masih ada rezeki. Walaupun persembahan EBI kurang bagus tetapi EBI janji kepada diri EBI dan juga kawan2 dan peminat2 yang EBI akan buat yg the best di konsert kedua.

RELAKS !!

18 Mac 2007
Hari ni semua orang bangun lambat lebih kurang dalam jam 10.30am selaps tu pergi kelas pada jam 11.0am. hari ni kelas bersama Dr.Love dimulai selepas sarapan. Best betul kelas Dr.Love dapat menaikkan semangat. Lepas tu dapat tengok VCD lagi cerita "Saving Private Riot". Tujuan sebenar menonton wayang ni adalah untuk mengambil pengajaran daripada cerita sebenar. Selepas tu Pengetua datang untuk membuat komen pasal persembahan pada hari Konsert. Sebelum makan malam bersama Pengetua kami di suruh untuk memilih lagu. EBI dapat lagu Enrique yang bertajuk "Mailamos". Selepas tu kami makan malam dan balik hostel awal dan tidur awal.